| ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG,SILA "FOLLOW" JIKA INGIN INFORMASI. |

PENGIKUT

Isnin, 28 Februari 2011

NAEILA...DALAM KENANGAN...PUTERA NAEILA

BLOG ini mmang dinamakan NAEILA kerana pemilik BLOG ini
PEMINAT BAS NAEILA
jika tidak,x dew larh alamat blog niew PUTERANAEILA




Read dulu...

Syarikat NAEILA bermula operasi dengan menggunakan permit Sri Bentan Transports Sdn Bhd (SBTSB), yang mana pada mulanya SBTSB ini menjalankan operasinya sendiri dengan permit dan bas sendiri. Dapat dilihat pada badan bas ini dengan tulisan Sri Bentan Group of Companies (jika tidak silap). Trip perjalanan lebih menuju dari selatan (Melaka) hingga utara (Penang & Kedah).

Selepas beberapa ketika maka wujudnya satu gabungan/konsortium dengan kendalian atas nama NAEILA Group. Pelbagai syarikat telah diambil alih/digabungkan menjadi satu konsortium besar dan hebat ketika itu

Pertamanya NAEILA bermula hanya dengan 6 buah bas atas permit SRI BENTAN TRANSPORTS SB dan menggunakan bodi Transcoach dan enjin HINO AK176. Dengan keadaan dan keperluan pasaran pada masa itu, maka pengurusan NAEILA membuat tawaran pembelian kepada syarikat2 yang tidak mampu untuk bersaing dalam industri ini dengan kadar harga yang murah tetapi berpatutan, yang tak patutnya apabila NAEILA tidak membuat bayaran sepenuhnya. Antara syarikat2 yang dibeli oleh NAEILA ialah:

1. SRI BENTAN TRANSPORTS SDN BHD
2. SINAR JOHAN EKSPRES
3. NAZA EKSPRES
4. NORTH SOUTH EKSPRES
5. LEN OMNIBUS BHD
6. KL – TG BIDARA EKSPRES
7. MARZIN EKSPRES
8. STONEWAY CORPORATION
9. GENTING EKSPRES
10. AMAL ORIENT EKSPRES
11. MITANO SDN BHD ( PUTERI EKSPRES)
12. BUMI EKSPRES
13. YASCO CORPORATION ( JAYA YASCO EKSPRES)
14. TRANS APEX SDN BHD
15. SANTANARA INDUSTRIES SDN BHD
16. RANGKAIAN MEWAH SDN BHD
17. TOMO EKSPRES ( SYARIKAT PELANCONGAN)

Dan yang lain2nya mungkin terlepas pandang atau tidak terlintas didalam ingatan. Dengan jumlah syarikat yang begitu banyak semestinya permit juga banyak. Maka disinilah empayar NAEILA terbina dengan begitu besar sehingga mereka memanggil syarikat2 pembina dan pembuat bodi bas duduk semeja untuk rundingan harga. Pada masa itu harga sebuah bodi adalah dianggarkan RM130,000.00. Oleh kerana mereka sebuah syarikat yang besar, maka mereka mempunyai kuasa MEMBELI yang kuat...

Didalam perbincangan itu kebanyakkan pembuat bodi ini menawarkan harga pada kadar RM120,000,00 untuki satu unit bodi. Akan tetapi pengurusan NAEILA menetapkan harga pada kadar RM90,000,00 untuk semua pembuat bodi ini. Memikirkan situasi pengeluaran kilang2 mereka hanya bergantung harap pada NAEILA sahaja sebagai kuasa pembeli yang besar, maka mereka bersetuju jua, jadi harga RM90,000,00 itu menghasilkan bas2 yang tidak menepati speksifikasi dan kualiti yang sebenarnya.

Tidak pernah berlaku didalam sejarah perkhidmatan pengangkutan awam kita bahawa ada penumpang yang menggunakan payung didalam bas bila waktu hujan. Tetapi ianya berlaku pada bas-bas NAEILA, kalau setakat kebocoran air aircond tu dah semacam biasa. Inilah hasilnya jika tiada kawalan mutu, dan apa yang berlaku itu terlalu tinggi harganya yang perlu dibayar oleh NAEILA dan akhirnya mereka berjaya juga dgn hasilnya iaitu KECUNDANG. Mereka beranggapan bahawa bila mereka mempunyai empayar yang besar, mereka boleh melakukan apa saja. Tetapi mereka lupa yang mereka tidak boleh membeli KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN orang ramai.

ADA LG SYKT YG AKN DIAMBIL ALIH OLEH NAEILA TETAPI TIDAK SEMPAT, IAITU
SEMUA BAS TRANSNASIONAL DAN SEMUA ANAK SYKT
FOH HUP OMNIBUS
BEBERAPE SKKT KECIL DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.(TAK INGAT NAMA SYKT BAS TERSEBUT)

Antara yg tak jadi bernaung di bawah NAEILA Group ialah MUTIARA EKSPRESS


Gambar dibawah ini menunjukkan sebahagian bas NAEILA terlibat dalam kemalangan...
kurangnya kualiti & mutu...hampir setiap bulan mesti ada kes kemalangan
membabitkan bas NAEILA...tragis nya....


KINI TINGGAL KENANGAN...huhuhuu...
1994-1999



1994-1999

p/s :NAEILA merupakan syarikat bas terbesar BUMIPUTERA di dalam malaysia..

2 ulasan:

  1. NAEILA juga x silap dlu di Johor ada menyediakan perkhidmatan bas henti-henti...

    BalasPadam
  2. Ekspress sutera pun join naeila juga

    BalasPadam